Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

[Central Region] PPEOC KEMBARA AMAL MERISIK KHABAR (15 jUL 2012)

More
11 years 9 months ago #21296 by despajero
Salam PPEOC,
Kelab Central Livinian GrandLivina telah mengundang kita untuk bersama-sama dalam Program Amal Kembara Amal Merisik Khabar ke Pusat Jagaan dan Rawatan Orang-Orang Tua Al-Ikhlas Puchong:

Tarikh : 15 Julai 2012, Ahad
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Jalan Batu 18, Kampung Pulau Meranti, Puchong Selangor
Bayaran utk makan tengahari : RM5 seorang, termasuk kanak2
Sarapan pagi : Pok luck
Sila membuat pengesahan kehadiran beserta bayaran di atas dengan emailkan bukti pembayaran ke [email protected] (Amar Ciplos) sebelum 7 JULAI 2012 untuk persediakan makanan dan konvoi.

Untuk menjayakan program ini, kami memohon sumbangan ikhlas dari semua warga ppeoc terutama central crew..
Sumbangan bolehlah disalurkan ke Akaun CIMB 1250 0071 1575 28 @ Akaun Maybank 114393034067 atas nama (Mohd Norakmar Bin Zinal Abidin)
atau sumbangan juga boleh disalurkan ke SL/AL masing2 semasa sesi Lepak/TT/Event2 PPEOC..

Antara barang2 keperluan yang diperlukan adalah :
beras
minyak masak,
bawang,
kentang,
milo,
dan barang yg paling utama Pampers dewasa saiz L & XL.

Sila beri sumbangan anda sebelum 10 JULAI 2012 utk pengagihan dan pembelian barang2 untuk di bawa. Sumbangan dari semua kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Utk Pertanyaan/Maklumat lanjut, sila hubungi
Irra Hady 012-2797035
Amar Ciplos 017-3277066

"HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN"

PPEOC ID : PE 835 [ White-Blood ]
Location : Kajang, Bangi, Putrajaya, Melaka, Kelantan.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
11 years 8 months ago #21436 by irrahady
Aktiviti : Kembara Amal Merisik Khabar 2012
Tarikh : 15 Julai 2012, Ahad
Tempat : Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas Puchong


Pada 15 Julai 2012, PPEOC dengan kerjasama Kelab Central Livinian dan beberapa kelab lain seperti MMC, MYODC, dan My Stream Club telah berjaya mengadakan satu acara amal sebelum masuk bulan ramadan yang mulia. Tujuan utama program ini ialah untuk membantu meringankan beban pemilik pusat jagaan dan rawatan orang-orang tua tersebut yang berkorban harta dan masa bagi menjaga warga emas yang kebanyakkannya tiada waris. Rumah jagaan dan rawatan ini merupakan rumah jagaan Orang Islam yang pertama di Malaysia yang mula beroperasi pada 16 Jun 2003.

Untuk itu PPEOC dengan bantuan ahli-ahli yang lain telah berjaya mengumpulkan dana dan sumbangan berupa wang ringgit dan barang keperluan asas seperti beras, Milo, lampin pakai buang dewasa (saiz L & XL), kentang, bawang, minyak masak dan lain-lain lagi. Semoga sumbangan kita semua akan dapat meringankan dan mengembirakan pemilik dan penghuni pusat jagaan tersebut bagi menyambut ramadan yang bakal tiba.

Seawal jam 8.00 pagi lagi semua peserta dari pelusuk jajahan Central PPEOC terutamanya memenuhi tempat berkumpul iaitu Restoran Upin dan Ipin Seksyen 13 Shah Alam sebelum diberi taklimat program dan konvoi oleh urusetia dan pihak polis serta marshal dari MMC. Setibanya di sana dalam jam 10.00 pagi semua peserta meletakkan kenderaan masing-masing dengan bantuan dari pihak RELA yang terlibat. Dan acara pembukaan seperti bacaan doa, ucapan dari wakil-wakil kelab terlibat serta dari pemilik pusat jagaan dan penyerahan sumbangan dari semua yang terlibat.

Semua peserta telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil bagi melakukan kerja-kerja gotong royong di kawasan luar sekitar dan ruang dalam seperti dapur serta beramah mesra melayan penghuni-penghuni pusat jagaan al-ikhlas tersebut. Lebih kurang jam 5.00 petang semua beransur pulang dari pusat jagaan tersebut dengan hati yang hiba melihat pusat dan penghuni pusat jagaan yang serba kekurangan.

Insya allah aktiviti-aktiviti seumpama ini akan diteruskan lagi dimasa akan datang. Terima Kasih pada semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung atau yang tidak terlibat lansung. Semoga objektif aktiviti ini tercapai dan menginsafkan diri kita untuk hormat dan ingat kepada kedua ibubapa kita.

PE0248 - PUTRAJAYA
FaceBook: www.facebook.com/irrahady
eMail : [email protected]

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Time to create page: 0.469 seconds