Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

Berapa harga kereta anda?

More
12 years 2 months ago #17894 by gooey
Just to share..sharing is awesome!

BAYANGKAN anda berhasrat menjual sebuah kereta anda kepada seorang rakan namun tidak mencapai persetujuan kerana harga jualan agak tinggi manakala sahabat anda mahu membeli pada harga lebih rendah.
Maka alternatif biasa ialah merujuk kepada syarikat jualan kenderaan terpakai yang lazimnya menjadi panduan banyak pihak untuk menilai harga semasa kereta.
Masalahnya syarikat terbabit pula mungkin kebetulan ada kepentingan sebelah pihak sama ada dengan si penjual atau pembeli.
Atau mungkin pilihan terakhir ialah menghubungi wakil pengedar kereta sebagai rujukan tetapi kebanyakan mereka pula tiada maklumat mengenai harga semasa model keluaran lama kecuali cuma berdasarkan pengalaman.
Justeru, satu pangkalan data harga taksiran bagi semua model kereta terpakai dan terkini amat perlu. Di luar negara khususnya Amerika Syarikat (AS), Australia dan Jepun, perkara sedemikian bukan asing.
Menyedari hakikat itu, sebuah firma tempatan, ISM Insurance Services Malaysia Berhad (ISM) telah memperkenalkan sistem khidmat pangkalan data tersebut sejak akhir tahun lalu iaitu yang pertama di negara ini.
"Namun mungkin tidak ramai menyedari perkara ini kerana ia masih baru dan kami pun baru mempromosikannya kepada umum," jelas Ketua Pegawai Eksekutif ISM, Carl Rajendram.
Menceritakan lebih lanjut, beliau memberitahu, idea penubuhan sebuah pangkalan data bersepadu yang mengandungi semua harga semasa kereta dicetuskan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri sejak tahun 2001.
Ia ekoran rungutan syarikat insurans bagi mentaksir harga semasa sesebuah model kereta terpakai yang bertukar pemilik kerana ia lebih kepada budi bicara antara pembeli dan penjual.
"Maka pada tahun 2005, sebanyak 39 buah syarikat insurans dan takaful tempatan bergabung menubuhkan ISM sebagai firma perkhidmatan pangkalan data dengan diberi status Koridor Raya Multimedia (MSC)," tambah Rajendram.
ISM yang kini memiliki lebih 100 juta rekod premium dan tuntutan insurans asalnya merupakan projek khas Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) sejak tahun 1998 sebagai Organisasi Penarafan Insurans Malaysia.
Memandangkan Malaysia belum ada pengalaman dan kepakaran dalam bidang itu, firma pembekal data ternama dari Switzerland, EurotaxGlass's dipilih kerana pengalaman lebih 50 tahun dalam bidang khidmat data, penyelesaian dan perisikan perniagaan bagi industri automotif Eropah.
"Ia beroperasi di 31 buah negara termasuk Australia dan kemasukan ke negara kita sekali gus menjadikan Malaysia negara kedua selepas Jepun di benua Asia yang memiliki sistem data sedemikian," terang Rajendram.
Pangkalan data secara talian itu yang mengandungi lebih 8,000 model kenderaan merangkumi maklumat seawal tahun 2000 sudah pun dijadikan rujukan oleh semua syarikat kereta dan insurans sejak Oktober tahun lalu.
Bermula 28 Januari lepas, orang ramai boleh mendapatkan data tersebut secara percuma dengan melayari terus carprices.ism.net.my, iaitu laman web yang dibangunkan bersama oleh ISM dan EurotaxGlass.
"Paparan taksiran harga model pasca tahun 2000 dikemas kini setiap bulan berdasarkan pemantauan dan kajian harga pasaran daripada pelbagai sumber industri automotif di Malaysia," kata Rajendram lagi.
Justeru, masyarakat boleh mengetahui dengan tepat harga kenderaan untuk panduan pembaharuan insurans, pembiayaan semula, jual-beli dan sebagainya selain mengelak daripada ditipu oleh pihak berkepentingan.
Malah ujarnya, laman web itu dalam masa beberapa bulan lagi turut membolehkan pengguna mendapatkan nilai semasa harga kereta mereka berdasarkan jarak perbatuan, keadaan kenderaan dan aksesori pilihan.
Ini kerana harga kereta keluaran tahun 2001 yang telah dipandu kurang 100,000 kilometer dan masih elok misalnya tidak sama nilai dengan kereta tahun 2006 yang menjelajah 200,000 km dan berkeadaan buruk.
"Secara tidak langsung, kita mendidik pengguna sentiasa peka dengan harga kenderaan yang ditentukan pelbagai faktor secara telus dan pada masa juga memastikan semua pihak dapat berpuas hati," jelas Rajendram.
Untuk keterangan lanjut mengenai ISM, hubungi 03-2260 3289.
Copy from: www.sioloon.com/t3561-berapa-harga-kereta-anda

So sape2 yg nak renew insuran tu..sum insured bole refer kt sini sbg panduan.
Link ISM: www.carprices.com.my/abi/commonCarSearch.htm
The following user(s) said Thank You: zactera, Alfa_Dunter

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
12 years 2 months ago #17896 by Ridzs Wan
info mnarik!

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Time to create page: 0.452 seconds