Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

Rakyat Malaysia & Proton

More
13 years 3 months ago #2445 by hafizharudin
WV passat da wat pasang tempatan...kiter tgk diorg komplen ke x :P

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 3 months ago #2452 by arfaie
Replied by arfaie on topic Re: Rakyat Malaysia & Proton
jgn harapla org kita komplen..berapa kerat je keta kt mesia ni CBU? laen suma local assembly..bmw kt kulim, merc kt pahang, honda kt melaka..suma pasang cnie..tp jrg benar org komplen.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 3 months ago #2457 by hafizharudin
Apa kata PROTON suh plak company LOTUS wat assembly(jadi la CBU) pastu jual kat m'sia

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 3 months ago #2465 by arfaie
Replied by arfaie on topic Re: Rakyat Malaysia & Proton

hafizharudin wrote: Apa kata PROTON suh plak company LOTUS wat assembly(jadi la CBU) pastu jual kat m'sia


kalo dah jd CBU kena declare tax import lak..karang xpasal je sama mahal ngan keta laen

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 3 months ago #2556 by deen
Replied by deen on topic Re: Rakyat Malaysia & Proton
Aku rasa aku berbangga memiliki PE as walaupun Proton baru berumur 25 tahun (Tahniah Proton for your achievement until now) mereka gigih berusaha untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Aku rasa tak adil bagi segelintir rakyat Malaysia nak membandingkan buatan tempatan yang utuh ini dengan produk lain kerana dorang juga sudah melalui sejarah yang agak lama and baru dapat capai apa yang brand2 lain capai pada masa kini.

Family aku dah guna proton lama dah sejak zaman engine Magma and Mega Valve lagi so far no major problem brother it just how you take care of your wheels, if it only a minor faulty...well it just plain minor right just sent them to your nearest SC for rectification.

Apa yang aku nak kongsikan, memang agak pedih bile tengok komen2 berasap dekat website/forum yang mostly akan kutuk Proton, but come on give Proton a chance to prove themselve and give the the courage to move forward to produce such quality products

p/s: I hope R3 are doing something for PE horses as I would say that most of the performance parts were for Neo hahahah...its not fair! =P

VIVA PROTON FOR MALAYSIA!

Whiskey Tango Whiskey Eight Zero Four Seven

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 3 months ago #2560 by arfaie
Replied by arfaie on topic Re: Rakyat Malaysia & Proton
maybe proton fikir persona bukan sbg performance car..sbb tu R3 division tak uat performance parts utk persona..as for engine part leh share ngn gen2

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 2 months ago #2759 by niccinixcol
tapi sayang nye PROTON dah di politik kan. . . sbb tu kadang2 harga tu kurang relevan la aq rasa. . SC Proton pun cekik darah. . .bukan lah nk pandang negatif sgt kat Proton nie.ada baik dan ada buruknya. . .tapi bila Proton dah Maju Kerajan mula buat2 lupa kat Proton..kesian pon ada...malangnya proton dipinggirkan dan dinafikan semua sokongan yang boleh diberikan.Proton yang telah banyak menghabiskan duit rakyat termasuk duit EPF kini sedang dipulihkan dan sedang aktif menghasilkan inovasi dan produktiviti yang kalau diteliti mempunyai kesemua 10 ciri ciri premis utama RMK10.Tetapi agak pelik juga apabila kerajaan tidak memasukkan sektor automatif sebagai sektor yang diberi keutamaan dalam RMK10.Ini bermakna Proton sebagai salah satu sektor yang berpontensi memberi pendapatan tinggi kepada rakyat ditinggalkan sendirian untuk memajukan dirinya.Tiada galakan, tiada perlindungan dan tiada promosi eskport yang akan diberi oleh RMK10.Sedangkan proton adalah produk yang berpontensi besar untuk membawa masuk pendapatan luar negara.

Respect Racing Rules

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 2 months ago #2777 by themint
...bila semua nih terjadi, rakyat lah yang terpaksa menanggung beban, poor Malaysian citizens like me...

tHeMiNt Adzmi Idham

PE0381

Puncak Jalil, Selangor - Sungai Petani, Kedah

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 2 months ago #2784 by niccinixcol
Kualiti kereta Proton yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah seperti kita semua dapat lihat, kena bola pun bole kemek/ kemik. Tetapi bagi yang diekspot, ke UK misalnya, kualitinya sungguh baik. Memang memenuhi piawaian negara berkenaan yang ketat itu. Further more, harga pulak murah. Warranty lama. Tapi mintak maaflah, sebab mat2 saleh nie tak pandang sangat kete2 cam Proton nie. Memang ada yang beli tapi bagi mereka yang seperti orang2 veteran, orang2 budget kemut atau jadikan kereta sampingan. Kalau nak melawa tak de la nak pakai proton.

Jadi kalau kualiti sebegini diberi kepada mat saleh, dan kualiti teruk untuk rakyat Malaysia, saya pulangkan kepada kawan2 semua untuk menilai.

Kereta yang paling murah sekarang ini (selain Kancil) di MALAYSIA adalah Proton. Sebab itulah ramai beli Proton , diulang sebab ITULAH ramai beli Proton. Dan sebab ITULAH jualan Proton STILL NUMBER ONE. Sebab apa ? Sebab rakyat Malaysia TIADA PILIHAN. Memang la Proton untung juta2 sebab orang terpaksa beli dengan dia. Cuba kalau rakyat Malaysia ADA PILIHAN, jangan harap Proton sale nak NUMBER ONE. Cuba fikirkan dengan harga dan kualiti yang diberikan, saya tak jangka orang akan memilih Proton. Mengapa harga proton murah ?. Sebenarnya harga Proton MAHAL !. Bayangkan Honda VTEC baru harga RM 100,000.00 ++ setelah di TAX sebanyak 300-400% GILA! Jadi kalau tanpa TAX, harganya baru RM 33,333.33 ++. Sedangkan Proton Iswara Aeroback (TEMPATAN) berharga RM 37,000.00 ++. Cuba bandingkan kualiti VTEC dengan Iswara (jgn buat lawak la kawan), itu belum banding kualiti/harga Wira dll. Jadi, murahkah Proton ??.

Kalau nak dihitung betul2, nilai sebenar Iswara tu mungkin sekitar RM20,000.00 dan Wira tu dalam 30,000.00 aje kalau dibandingkan dengan pengeluar kereta lain. Jadi maknanya selama ini rakyat Malaysia terpaksa membayar LEBIH dari sepatutnya untuk mendapat sebijik kereta yang rendah kualitinya. Sebenarnya kita suka dan sanggup untuk sokong kereta BUATAN TEMPATAN. Tak beli Honda pun takpe. Tapi kereta yg diberi tu biarlah BERBALOI dengan harga. Rakyat Malaysia bukan semuanya Milionaire.

Respect Racing Rules

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 2 months ago - 13 years 2 months ago #2812 by Askry
Replied by Askry on topic Re: Rakyat Malaysia & Proton
pasal keta proton byk org kutuk nih dah jemu kita dgr dan baca.. aku sendiri pun x paham apasal dorang kutuk2 sgt.. bagi aku apa2 keta hebat pun even ferrari sekalipun klu dah Tuhan buat keta tu problem.. kompom belah dua keta tu walau langgar anjing.. inilah sikap manusia yg kita tahu selalu je x puas hati apa2 je brg x kisah keta ke pc ke hp ke.. ade je pgguna yg merungut... bersyukurlah kerana kita mampu beli dan memandu kereta, tau ke ade org yg xpnah bawak keta just drive beca...

sini aku nak letak link pasal Proton yg aku dapat sumber dari forum lain then paste ke blog aku.. klu nak baca silakan kerana agak panjang lebar jugak..

arniehasri.blogspot.com/2011/01/sumber-a...dari-forum-mkmu.html
Last edit: 13 years 2 months ago by Askry.

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 2 months ago #2818 by niccinixcol
bukan mengutuk,ini adalah hakikat,ada siape2 cuba nk menafikan?...saya perjelaskan disini,apabila proton dipolitik kan jadilah masalah2 seperti ini...mmg tak dinafikan proton kini worldwide dan bagus sekali,kalau tak, buat ape haku pakai proton persona kan?? itu cuma pandangan sahaja,Saya mengambil inisatif bagi membincangkan perkara ini bagi sesiapa yang berminat untuk berkongsi pendapat secara matang dan berilmiah semoga ia mendatangkan manfaat bersama.

Respect Racing Rules

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
13 years 2 months ago #2834 by arfaie
Replied by arfaie on topic Re: Rakyat Malaysia & Proton
isu mcm ni memang wajar kena bncg cara serius..cuma jangan emo je la. nicci ckp tu ada betul walau aku tak berapa setuju..tp mmg xleh nafi

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Time to create page: 0.472 seconds