Remember Me     Forgot Login?   Sign up  

Fakta dan Lawak Menarik

More
12 years 8 months ago #8925 by Syahril_Genji
Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?

Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima.

Dia menjawab.... "Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah....

Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 biji bola" dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang.

Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan. Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 minit.

Persoalan terjawab !!!

Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit...itu adalah "bola referee"!

>>>>>
>
>>
>

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
12 years 8 months ago #8926 by Syahril_Genji
Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit
sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.

Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar floor dept gua. Muka
macam ada masalah.

Lu kenapa ni Apan?” - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni
kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa
hensem (gua lagi hensem). Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik
menyampah juga.Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk
sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.

Apan berbisik....Mak gua hilang la..”(dengan nada perlahan)

Gua punyala terperanjat! “Mak lu hilang?, bila hilang?” - dada gua tiba
tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang
macam kuda.

Petang semalam..dah cari merata tak jumpa”.

Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human
resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua
nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit,
mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi
dua tiga tahun nak pencen.

Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan
semula masuk ke tempat gua. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah,
sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.

Mak gua dah jumpa..” - kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.

Gua cepat cepat bersyukur: “Alhamdulillah...Jumpa kat mana?”,

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari
warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas
padu:

Dalam sinki penteri.”

Gua terus tendang kompiter sampai bersepah atas lantai.

MUG la Apan..MUG..!!, pronunciation macam jahanam! macam sialll! Sia sia
gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara. ....

>>>>>
>
>>
>

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
12 years 8 months ago #8928 by Syahril_Genji
Inilah al-kisah tentang bunyi ‘hon’…

Kalau korang semua ingat hanya kuntuman bunga jer yang ada maksud disebaliknya, korang silap!!!

Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?

Percaya atau tidak…

Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.



Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe
? 1 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI”
? 2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”
? 3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)
? 1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan
? 2 x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… ****** XDER OTAK KE”
? 4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap ;








“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”

>>>>>
>
>>
>

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
12 years 8 months ago #8929 by Syahril_Genji
bos dan sekeritarinya...

Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an dan bekerja sebagai
CEO disebuah syarikat yang besar di KL... Pada suatu hari tu... Boss ni
memanggil la dia punya seketeri masuk ke ofisnya... seperti biasa seketerinya pun masukla...

Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client...
Si Boss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya. ..
biasa la Boss... malas nak tulis... cakap punya cakap... Boss ni pun bangun...
dan berjalan-jalan pusing-pusing meja sambil tangan masuk dalam poket seluar...
10 minit kemudian acara mengarang ayat pun habis... si seketeri pun mula bersuara...

Seketeri : Boss... pagi tadi kan... masa saya nak datang ke Ofis...saya nampak pintu garage boss terbuka...

Boss : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke... tak apa, nanti saya call rumah... terima kasih...

Si seketeri pun blah balik ke meja dia... dan si Boss pun call rumah dia tanya wife dia...

Boss : Yang... tolong tengokkan garage rumah kita... pintu dia terbuka la...

Bini : Tak la bang... baru tadi saya tengok... mana ada terbuka...

Boss : Iye... terbuka.. cuba pergi tengok semula.

Bini : Tidakkkkk, tertutup... saya tahu la bang...

Boss : Pergi la tengok.. kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak?????

Bini : Okay la... okay la...

Setelah setengah jam kemudian... masa Boss ni tengah relek-relek...baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka... (dah memang perangai dia tak suka pakai underware... ) maka nampaklah...mengelabahlah si Boss ni memikirkan mana macam nak cover malu kat seketeri dia tu...dan petang yang sama juga...

Boss : Errr... tadi pagi masa you nampak garage I terbuka... ada tak you nampak BMW kat dalam tu?

Seketeri : Tak... yang I nampak cuma ada 'Mini Cooper' dengan dua tayar depannya pancit!!!!!.

>>>>>
>
>>
>

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
12 years 8 months ago #8930 by Syahril_Genji
Surat ini memang betul diterima oleh MAS (Malaysian Airlines).........

Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
5 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik saya)

Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005

Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p
831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja di syarikat tuan dalam bidang
teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido
malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini.Walaupun begitu saye
mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saya juga adalah seorang petani
anggur.Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja disini.

1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah
seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja,saya serta
merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua
nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu
saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik
dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000

Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)
Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut latihan Perindustrian
Kementerian Sumber Manusia Malaysia ...

4. Pengalaman kerja

!P Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak
!P Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang,Kuala Lumpur
(kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu)
!P Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan.Diharap dengan
kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja di syarikat tuan dapat
dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira& seronok & akan belanja satu
MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan
bekerja dengan bersungguh-sungguh di samping bangun awal dan datang kerja
awal.Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap
beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan
hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja di sini.

Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak
boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja.Untuk
makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan
bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat.Saya juga berjanji
tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil
sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah
penat menulis segalanya bermula&berakhir dgn baik.

Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir
dengan bacaan yasin dan kunjungan org ramai.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)

25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor

p/s: aku tak tau la betul ke tak surat ni tau rekaan semata2.... member aku anta email.. memang kelakar giler surat cam ni...WAKAKAKA

>>>>>
>
>>
>

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
12 years 8 months ago #8931 by irrahady
syahril...mohd kamal tu nama betul ko ke hehehe

PE0248 - PUTRAJAYA
FaceBook: www.facebook.com/irrahady
eMail : [email protected]

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
12 years 8 months ago #8935 by Syahril_Genji
xkn la name aku....jauh benor namenye...hahaha...

>>>>>
>
>>
>

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
12 years 8 months ago #8936 by Syahril_Genji
Azizi seorang saintis yang sedang meningkat naik namanya.Petang itu,Aziz berjaya mencipta robot yang boleh mengesan orang bercakap bohong.Robot itu ada tangan,sesiapa berbohong terus ditampar robot itu.Aziz sangat gembira dan membawa robot itu ke ruang tamu sementara menunggu anak lelakinya pulang anakny.Tetapi anaknya tidak balik-balik,sehingga ke pagi esoknya...

Aziz: Dari mana tadi tak balik-balik?

Anak: Saya ada pelajaran tambahan ayah!PANGG!!Anak nya dilempang robot tersebut

Aziz: Kalau nak tau,ini robot yang baru ayah cipta.Robot ini akan tampar sesiapa saja yang cakap bohong.Dalam rumah ini,semua orang kena bercakap benar,jujur.Hah!kenapa kau lewat pulang?

Anak: Saya baru habis menonton movie di rumah kawan..ayah!

Aziz: Cerita apa?

Anak : Papadom!PANGGG!Robot bagi penampar lagi

Aziz: Cakap jujur,cerita apa yang kau tengok?

Anak: Maaf ayah..saya tengok cerita blue!

Aziz: Kurang ajar!Berani kamu nak tipu ayah!Mujur ayah cipta robot tu.Kalau tidak,mati-mati ayah kena tipu.Kau nak jadi apa bila besar nanti hah??Masa ayah besar kau dulu,ayah tak pernah buat kerja ****** macam tu!!!

PANGGGG!!!Tiba-tiba Aziz ditampar robotnya sendiri.Suasana hening seketika.Isteri Aziz kemudian masuk ke ruang tamu dan mencelah.Hah,sama saja anak dengan bapak.Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?Hah!ikut perangai mak ni tak pernah tak pernah tengok benda tak senonoh!

PANGGG!!!Robot itu menampar ke muka bini Aziz,sebelum sempat habis bercakap..

>>>>>
>
>>
>

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
12 years 8 months ago #8937 by Syahril_Genji
[size=large]sebelum dan sesudah...[/size]:eek:


>>>>>
>
>>
>

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
12 years 8 months ago #8938 by Syahril_Genji
Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Lantas dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Agus.

Lelaki kaya: Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya.(lalu memberikan kadnya).

Pak Agus: Baik tuan, saya akan suruh anak buah saya hantar ayam-ayam tu ke rumah tuan.
Selepas itu, Pak Agus memanggil anak buahnya yang bernam Samad dan memberikan arahan..

Pak Agus: Samad, esok engkau hantarkan 100 ekor ayam ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi).

Samad: No problem uncle.

Esoknya Samad pun pergi menghantar 100 ekor ayam tersebut. Lima puluh ekor diletakkan di sebelah kanan motosikalnya, 50 ekor lagi di sebelah kiri. Malangnya, di tengah perjalanan motosikal Samad terlanggar lubang dan... BBUAAKK!!!dia terjatuh dari motornya.
Ayam-ayam yang dibawanya terjatuh dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk melihat keadaan Samad. Tetapi Samad tidak apa-apa, malah ketawa terbahak-bahak. Seorang pemuda bertanya kepada Samad..

Pemuda: Bang..abang tak apa-apa ke?

Samad: Ha.. ha... ha...!

Pemuda: Bang, kenapa bang?

Samad: Hahaha.. budoh punya ayam, engkau nak lari ke mana?Alamatnya kan ada pada aku! Hahahahaa..

>>>>>
>
>>
>

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
12 years 8 months ago #8939 by Syahril_Genji
Harimau Yang Beriman...

""Alkisah... .. Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.



Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke

dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan
KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi .. Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh
bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..

Ampunilah aku ya Allah ...makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.."

Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki
tadi.

Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.

Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin! "

>>>>>
>
>>
>

Please Log in or Create an account to join the conversation.

More
12 years 8 months ago #8940 by Syahril_Genji
Mengapa gadis melayu jer kena histeria??

Message: Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh
kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah
gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina
dan india. Di mana salah nya... ... ..Kita ikuti percakapan antara
bomoh melayu dan syaitan.

Kes histeria di sekolah kat BSB... ..Misteri di Asrama Puteri terjawap!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa
dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka
merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik,
ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera,
ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang
dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.
Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2
pengsan dibuatnya!

Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!
Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua
bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya
yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan
itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" Kenapa gadis
melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab... ""Siapa
Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat""
""Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, Tak
Mungkin Aku MERASUK... "" ""Aduhai...

>>>>>
>
>>
>

Please Log in or Create an account to join the conversation.

Time to create page: 0.474 seconds