HARI BELIA NEGARA 2011

More
8 years 3 weeks ago - 8 years 3 weeks ago #6487 by irrahady
Salam semua...

Pada 27 hingga 29 Mei 2011 PPEOC Central telah dipilih sebagai salah satu kelab/persatuan yang menjadi Sukarelawan Perhimpunan Sejuta Belia anjuran Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) sempena sambutan Hari Belia Negara 2011. PPEOC telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga HelpDesk kumpulan C iaitu sukan air di Presint 6 dan sukan lasak di presint 5.

Dengan semangat setia kawan sebagai satu pasukan sukarelawan, warga PPEOC juga membantu geng-geng motosikal untuk mengangkut sukarelawan lain serta mengedarkan makanan dan minuman. Tahniah kepada yang terlibat...

Selama 3 hari, bermula jam 8.00 malam untuk pendaftaran dan bergerak ke presint 5 acara sukan lasak dan presint 6 untuk acara sukan air. Dan balik lebih kurang jam 7.00 malam. Kalau selama ini kita berkelab, berjumpa kawan-kawan, berkonvoi bersuka-suka, apa salahnya sekali sekala kita membuat kerja-kerja kemasyarakatan seperti ini. Berbakti pada negara dan masyarakat sekeliling sambil menerangkan objektif kelab kita.

Antara ahli yang hadir

1. Fakri
2. Yuzrin
3. Qi Pyan
4. Hafidz puchong
5. Faiz Yakuza
6. Fatehah
7. Irrahady







ALBUM GAMBAR

Facebook
[KBS] Hari Belia 2011 dari Fakri Muniri

Terima kasih kepada yang hadir dan support event ini. Pada yang lain-lain bila lagi!!

Sekian, terima kasih.

SU EVENT
31 Mei 2011

PE0248 - PUTRAJAYA
FaceBook: www.facebook.com/irrahady
eMail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Attachments:
Last edit: 8 years 3 weeks ago by irrahady.
The following user(s) said Thank You: fakri

Please Log in to join the conversation.

Time to create page: 0.488 seconds