TT DERMA DARAH PPEOC KALI KE - 8
Pada 20 April 2014 lalu, sekali lagi ahli-ahli central ppeoc telah bersama-sama menderma darah di pusat darah negara, kuala lumpur. Ini adalah salah satu acara tahunan yang diadakan bagi memberi peluang kepada ahli-ahli ppeoc memberani diri serta memberi semangat dan galakan untuk menderma darah sebagai salah satu sumbangan kami kepada masyarakat.
Acara kali ke lapan sejak 2010 ini, mendapat kerjasama yang baik dari pusat darah negara sehingga pihak PDN berbesar hati memberi sedikit cenderamata kepada setiap ahli yang hadir sebagai tanda terima kasih. TT kali ini, kami berjaya menyumpulkan seramai 12 orang penderma dan terima kasih jugak kepada yang tidak jemu memberi sokongan.