Fakta dan Lawak Menarik

More
14 years 8 months ago #8746 by Syahril_Genji
BMW:Brings Me Women

LEXUS:Luxury EXports to United States

FIAT:Failure in Italian Automotive Technology.

FORD:For Only Romantic Drivers

HYUNDAI:Hope You Understand Nothing’s Drivable And Inexpensive

VOLVO:Very Odd Looking Vehicular Object

PORSCHE:Proof Of Rich Spoiled Children Having Everything.

KIA:Kills In Accidents

OPEL:Old People Enjoying Life

TOYOTA :The One You Only Trust, Always

HONDA :Hold On, Not Done Accelerating

PROTON:Powerwindow Rosak Oooh Tidaaaakkkk Ohhhh Noooooo!

>>>>>
>
>>
>
More
14 years 8 months ago #8747 by Syahril_Genji
Trick Isi Minyak Petrol Murah


Nie petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak Petronas….

Kawan aku dia keje part time kat situ, dia cakap pun ada orang yang ajo dia teknik nie... so aku rasa baik aku kongsi pada korang semua... benda baik nie kena kongsi reramai baru terasa nikmatnya.. yoyo oo jekan haha!

Dia bagi tips camner nak turunkan harga RM1.80 kat pam minyak jadi RM1.00 or suka hati korang la nak letak berapa sen… tapi agak-gak la kan jagan mark-up sangat.. kesian tokey stesyen minyak tue.. (haha... ingat boleh dapat baju free la tue nak kesian-kesian)

Aku dah buat... sekarang giliran korang pulak

1. korang kena pergi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun… dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam korang pilih tu… tak kira la pam 1 ke, pam 2 ker jangan pam angin atau NGV sudah la…

2. korang pergi balik kat pam korang tu, dan jangan angkat nozel lagi.

3. kat pam tu kan ada dua punat-punat (macam lucah jer bunyinya) untuk nombor (bukan untuk credit card tau) yang bawah pada screen liter tu… kira mcm nak isi manual nyer harga la

4. korang tekan ‘clear’ – untuk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi

5. then korang tekan enter – 3x ( jangan luper baca bismillah)

6. then korang tekan ’0′ , ’0′, ’1′, ’0′, ’0′ (1.00 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka

7. pastu korang tekan enter – 3x sekali lagi

8. tekan butang clear – 2x , jangan tekan lebih nanti tak jadi

9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi

10. tekan enter lepas dah masukkan nilai isian pastu… supervisor petrol pam akan jumpa korang

“woi apa ko buat ni… main tekan-tekan ni… takde keje lain ker…!!!!”
so korang dengan muka selamba isi jer minyak dengan harga baru kerajaan RM 1.90 seliter…

>>>>>
>
>>
>
More
14 years 8 months ago #8748 by Syahril_Genji
[size=x-large]10 lipan terbesar di dunia![/size]

10. Scolopendra subspinipes mutilans. - Kawasan habitat : China dan Okinawa, Jepun. Panjang 20 cm.





9. Scolopendra subspinipes subspinipes. - Kawasan habitat : Sub-tropika China selatan. Panjang 14 - 20 cm.





8. Scolopendra heros. - Kawasan habitat : Amerika Utara, biasanya di daerah bersuhu tinggi. Panjang 18-20 cm.





7. Scolopendra subspinipes dehaani. - Kawasan habitat : Secara luas di negara-negara barat dan wilayah Pasifik. Berdekatan dengan daerah Tropika, sehingga badan juga lebih besar. Di wilayah Kepulauan Solomon masing-masing panjang lebih dari 20 cm. Panjang 16-20 cm.





6. Scolopendra subspinipes ssp. - Kawasan habitat : Malaysia, Indonesia. Panjang 18 - 20 cm.





5. Scolopendra subspinipes. - Kawasan habitat : Hutan hujan Vietnam. Panjang 18-25 cm.





4. Scolopendra sp.cf.crudelis. - Kawasan habitat : Carribean, Puerto Rico, Haiti dan negara-negara lain di Amerika Selatan. Panjang 20-25 cm.





3. Scolopendra gigantea robusta. - Kawasan habitat : Brazil, Ecuador, Peru, Sungai Amazon. Panjang 25-30 cm.





2. Scolopendra caribiaenensis. - Kawasan habitat : Kepulauan Trinidad, Amerika Selatan, Peru, Ecuador, Brazil, Sungai Amazon. Panjang 41-42 cm.





1. Scolopendra galapagoensis. - Kawasan habibat : Kepulauan Galapagos Santa Cruz, Ecuador, Peru, Kepulauan Cook. Panjang 44-46 cm dan ada yang menjangkau 62 cm.



http://www.arachnoboards.com/ab/attachment.php?attachmentid=69008&stc=1&d=1202246415[hr]

>>>>>
>
>>
>
More
14 years 8 months ago #8749 by Syahril_Genji
KOREK HIDUNG

Boleh dikatakan hampir semua mengorek hidung. Pernah tak korang terfikir sape yang pertama skali mengorek idung? Hahaha..ini bukan persoalan ******... Siapakah yang mula2 mengorek hidung?

Tiada sape pun tahu siapakah yang mula2 mengorek hidung bagi tujuan keselesaan. Sama seperti penemuan api, perbuatan mengorek hidung berlaku sebelum rekod sejarah ditulis. Bagaimanapun, kita mempunyai beberapa bukti menarik tentang mengorek hidung yang telah tersebar 10 000 Tahun SM (Sebelum Masihi)...



1) Rekod bertulis pertama tentang mengorek hidung telah ditemui oleh Wilbur Leakey pada penghujung tahun 70-an ketika bekerja di Mesir. Terdapat sejumlah besar skrol papirus yang dipulihara digunakan sebagai catatan harian firaun budak yang terkenal, Tutankhamun, menyatakan tentang bayaran 3 kepala lembu selain makanan dan pakaian diberikan kepada pengorek hidung peribadi raja muda itu...anda bolehla mohon kerja tersebut..hihi

2) Selain itu, beberapa skrol papirus bertarikh beberapa dekad selepas kematian Tut jelas menunjukkan kepentingan kerja-kerja mengorek hidung golongan bangsawan di Mesir Purba.

3) Terdapat beberapa manuskrip berasal dari India purba di mana sebilangan kecil para pengkaji beranggapan, ia mungkin sebahagian dari 33 bahagian kitab India Veda yang hilang. Di dalam manuskrip berkenaan, mengorek hidung dipercayai amalan untuk mendapatkan deria bau yang tajam.


Amalan mengorek hidup dianggap sungguh menjijikkan.

4) Beberapa ribu tahun kemudian, amalan mengorek hidung dianggap menjijikkan. Aristotle, menulis 350 SM mencela perbuatan tersebut, manakala Archimedes yang hidup seabad kemudian menyatakan, 'Jari saya tidak akan digunakan untuk kepentingan pengorek hidung kerana mereka bukan golongan yang disenangi"


Aristotle


Archimedes

5) Haha...anda untung hidup di zaman sekarang kerana mengorek hidung pada zaman dahulu akan ditangkap!! Maharaja Constantine mengisytiharkan pada 299 Masihi, SESIAPA yang ditangkap dengan sebatang jarinya di dalam hidung melebihi satu ruas akan dihukum!


Patung Constantine

6) Raja John England cukup terkenal dengan kegemarannya mengorek hidung. Malah tahi hidungnya dikatakan telah dibuang merata-rata tempat. Bagaimanapun, perbuatannya itu mendapat bantahan di Rom.


Raja John England (King John of England)

7) Heil Hitler! Pada penghujung 1942, propaganda Amerika yang anti-Hitler mengisytiharkan orang Jerman sebagai "rapers of women, eaters of children, defilers of the dead, and pickers of their noses''


Poster propaganda ketika WWII menunjukkan askar Jerman kejam yang mengorek hidung.


Semuanya mempunyai sejarah tersendiri..... benarlah kata George Santayana, "Those who forget history will condemn to repeat it..."
Anda melupai sejarah korek hidung dan anda mengulanginya anda tetap mengorek hidung kerana anda melupakan sejarah korek idung... Hahaha....

>>>>>
>
>>
>
More
14 years 8 months ago #8750 by Syahril_Genji
[size=x-large]Raja-Raja Di Afrika[/size]

Malaysia merupakan negara paling ramai Sultan kat dunia ni, 9 orang..!! Dulu, ada jugak negara lain yang banyak raja dan Sultan seperti India dan Indonesia...

Tapi di India, British mansuhkan seluruh kuasa pemerintahan raja2 di sana...Jika tidak dimansuhkan, India mempunyai beratus2 raja di pelbagai negeri dan wilayah.

Di Indonesia pula, Sukarno telah menghapuskan sistem beraja di negara itu dan mengisytiharkan republik... namun beliau masih mengekalkan Sultan Jogjakarta (keturunan Sri Sultan Hamengko Buwono) dan Sultan Solo (keturunan Sri Paku Buwono)....sebab mereka ni keturunan tiga putera Bukit Si Guntang...Parameswara merupakan keturunan Buwono yang ketiga selain dari keturunan yg dua tadi tu...

Inilah gmbr2 mereka...

Goodwill Zwelethini
King of Zulu - South Africa



Agboli-Agbo Dedjlani
King of Abomey - Benin



Nyimi Kok Mmabiintosh III
King of Kuba - Congo



Oseadeeyo Addo Dankwa III
King of Akropong - Ghana



Joseph Langanfin
Abomey Dynasty - Benin




Afrika adalah benua ke-2 terbesar di muka bumi selepas Asia, ia meliputi 20.3% dari jumlah daratan di muka bumi.. direkodkan mempunyai seramai 900 juta orang atau 14% populasi manusia dan melibatkan 54 buah negara.. negara terbesar Sudan dan terkecil adalah Seychelles iaitu sebuah pulau di pantai timur benua..

Para saintis barat percaya yang manusia terawal tinggal di benua ini, buktinya adalah melalui penemuan rangka2 mansia yang berusia lebih dari ribuan tahun.. agama Islam dan Kristian adalah agama yang paling meluas di sini, kedua2nya seimbang merangkumi 80% penganut.. kurang lebih 20% orang Afrika masih memeluk agama nenek moyang mereka..

Hapi IV
King of Bana - Cameroon



Ngie Kamga Joseph
Fon of Bandjun - Cameroon



Halidou Sali
Lamido of Bibemi - Cameroon



Bouba Abdoulaye
Sultan of Rey-Bouba - Cameroon



El Hadj Seidou Njimoluh Njoya
Sultan of Fumban and Mfon of the Bamun - Cameroon

[hr]
Benua Afrika mempunya ribuan bahasa tetapi ianya dihierarkikan kepada 4 kelompok bahasa iaitu Afro-Asiatik, Nil-Sahara, Niger-Kongo dan Khoisan.. seperti di benua lain, setiap negaranya mempunyai pemerintah.. negara2 ini diperintah oleh raja-raja dan sultan ataupun ketua puak atau etnik melalui pewarisan takhta, bukannya dari sokongan ramai..

Oni (King)
Oni of Ife - Nigeria



Abubaka Sidiq
Sultan of Sokoto - Nigeria



Isienwenro James Iyoha Inneh
Ekegbian of Bénin - Nigeria



Igwe Kenneth Nnaji Onyemaeke Orizu III
Obie of Nnewi - Nigeria



El Hadji Mamadou Kabir Usman
Emir of Katsina - Nigeria



Salomon Igbinoghodua
Oba Erediauwa of Bénin - Nigeria



Oba Joseph Adekola Ogunoye
Olowo of Owo - Nigeria



Aliyu Mustapha
Lamido of Adamawa - Nigeria


>>>>>
>
>>
>
More
14 years 8 months ago #8751 by Syahril_Genji
Interesting Facts
1. Nama yang paling banyak digunakan di dunia adalah Mohammed.

2. Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk adalah madu.

3. Siput boleh tidur selama 3 tahun.

4. Dalam 18 bulan, 2 ekor tikus membiak lebih dari sejuta anak tikus!

5. Memakai headphone selama satu jam dapat menstimulasi perkembangan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda!

6. Setiap lipstik mengandung sisik ikan.

7. Apa persamaan baju kalis peluru, printer laser, tangga kecemasan dan wiper kenderaan? Jawapannya : semua ditemukan oleh perempuan

8.Duit kertas sebenarnya bukan di perbuat daripada kertas sebaliknya daripada kapas

9.Perut bayi hanya boleh memuatkan susu sebanyak 60ml pada satu masa. Manakala perut orang dewasa mempunyai kapasiti paling maksimum ialah 1.5 liter. Namun lembu boleh memuatkan makanan sebanyak 300 liter dalam perutnya.

10.Sebanyak 110,000 juta tan karbon dioksida memenuhi atmosphera setiap tahun kesan pembakaran petrol. Untuk menyerap semua gas tersebut, ia memerlukukan hutan seluas benua Australia.

11.Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros akan dapat menghasilkan hanya 0.972kg ekstrak untuk dijadikan bahan campuran di dalam pembuatan minyak wangi.

12.Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.

13.Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

14.Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 Jenis bahan kimia.

15.Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

16.Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

17.Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

18.Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

19.Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

20.Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

21.Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

22.Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

23.Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

24.Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

25.Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

26.Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

27.Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

28.Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

29.Secara puratanya, kita berkelip sebanyak tujuh kali seminit bila kita mengadap komputer.

30.Tahukah kita yang lalat tu secara puratanya hanya hidup selama sebulan.

31.Pukul ratanya, kita berjalan sejauh 160 billion milimeter sepanjang hayat.

32.Berapa berat kepala kita? Purata beratnya ialah 3.6 kg.

33.100 billion sel saraf. Ini jumlahlah dalam kepala otak kita.

34.Agak-agaklah kan, berapa helai rambut kat kepala kita ni? Berapa? sikit sangat tuh..puratanya ialah 100,000 helai..ermm..itu baru di kepala..

35.Purata umur penduduk di Sierra Leone, Afrika ialah 41 tahun..

36.Mata kita sentiasa berkelip, tapi berapa kali sehari? 14,400 kali sehari jumlahnya..Subhanallah..

37.Kalau kita suka manis, mungkin kita memakan 60 kilogram gula setahun..patutlah gula habis kat kedai..hihi

38.Berapa banyak kita minum sepanjang hayat kita? Jumlahnya, 800 gelen air..banyaknya kita minum..

39.Kita akan mengantuk selama tujuh minit sebelum tidur..tak percaya, cuba cuba bila mengantuk, tapi mungkin kita tak sedar, sebab kita dah tidur dulu..hehehe

40.Kita suka sangat bila dapat patah-patahkan jari-jemari..lega rasa, tapi kalau dihitung, secara puratanya dahpun mematah-matahkan jari kira-kira 24 juta kali..

41.Hujan yang turun adalah berkelajuan 35 kilometer sejam..laju juga tu

>>>>>
>
>>
>
More
14 years 8 months ago #8752 by Syahril_Genji
10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis.


1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH ‘DITAHAN’? HANYA APABILA …

a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis


2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)

a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda.
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan.
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka


3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN

a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”
b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.


4. JIKA ANDA DITAHAN

a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda.

b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.

c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan


5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA

a. Mengapa anda ditahan


6. SELEPAS DITAHAN

a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin

b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.

c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda


7. SOAL SIASAT POLIS

a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.

b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:

S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah

c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya.” Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka.

d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.


8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)

a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.

b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.


9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)

a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam

b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.


10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN

a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.

b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.

>>>>>
>
>>
>
More
14 years 8 months ago #8753 by Syahril_Genji
FAKTA TENTANG KEMATIAN...

-Sebelum meninggal dunia, pendengaran adalah deria terakhir yang akan meninggalkan tubuh kita. Deria pertama yang akan ‘pergi’ ialah penglihatan, diikuti oleh rasa, bau dan sentuh.

-Kepala manusia masih lagi dalam keadaan sedar selama 15 hingga 20 saat selepas ia dipenggal.Cuba korang bayangkan......

-Apabila Alexender The Great mati pada 323 sebelum Masihi, sebuah jalan khas telah dibina dari Babylon ke Mesir untuk membawa mayatnya. Kalau ditaksir kos pengurusan mayat Alexender itu dengan nilai mata wang pada hari ini, kosnya dianggarkan AS$600 juta (RM2.28 bilion)!



-Sejurus sebelum Thomas Edison mati pada 1931, sahabatnya Henry Ford telah mengambil nafas terakhir beliau dan menyimpannya ke dalam sebuah botol.

-Lebih 2,500 orang kidal mati setiap tahun akibat menggunakan barangan yang dibuat untuk orang yang menggunakan tangan kanan.

-Mayat pada hari ini lebih lambat mereput berbanding dahulu kerana terdapatnya banyak bahan pengawet di dalam makanan yang kita makan.

-Mayat mereput empat kali lebih cepat di dalam air berbanding yang ditanam di dalam tanah.

-Pencipta siri TV Star Wars, Gene Roddenberry adalah manusia pertama yang abu mayatnya disemadikan di angkasa lepas.


-Tidak seorang pun rakyat Amerika meninggal disebabkan oleh usia tua sejak 1951.


-Lebih banyak orang bunuh diri di New York City daripada yang dibunuh

>>>>>
>
>>
>
More
14 years 8 months ago #8754 by Syahril_Genji
[size=large] 7 binatang bersuara kuat[/size]

1. Paus Biru



Suara paus biru adalah yang paling kuat di bumi, dengan kekuatan 188 desibel, jika kita bandingkan dengan konsert rock yang rata-rata hanya mencapai 100 desibel, maka ini hampir dua kali ganda.

Paus biru jantan biasa menggunakan suara kuatnya untuk menarik pasangan yang jaraknya ratusan mil jauhnya.

2. Howler Monkey



Binatang ini ditemui di hutan Hujan Amerika. Boleh membesar sehingga mencapai tinggi 4 kaki dan biasa hidup berkumpulan.

Lolongan monyet ini boleh didengari sehingga 10 mil, dan masuk rekod guinness sebagai the loudest land animal.

3. Gajah



Ketika gajah memijakkan kakinya,getaran boleh didengari sehingga 20 mil melalui tanah. Sebagai informasi gajah juga melakukan komunikasi melalui kaki yang dihasilkan getaran tersebut.

Kajian di afrika mengidentifikasi gajah menghantar maklumat untuk peringatan, untuk menyapa dan untuk mengumumkan..”Let’s go..”.

Suara ini berkekuatan 80-90 desibel, lebih kuat daripada kebanyakan manusia bertempik.

4. North American Bullfrog




Namanya berasal dari suara kuatnya, teriakan jauh yang dikeluarkan katak jantan. Suaranya boleh didengari hingga satu setengah mil jauhnya, membuat mereka jauh lebih besar dan lebih ganas daripada sebenarnya.

Untuk membuat suara beresonansi yang digunakan untuk panggilan mengawan, katak jantan mengepam udara bolak-balik antara paru-paru dan mulut dan diseberang pita suaranya.

5. Hyena



Jika anda kebetulan mendengar suara tertawa atau melihat hyena, kami sarankan anda meninggalkan tempat itu.

Hyena membuat staccato, serangkaian suara hee-hee-hee bernada tinggi atau disebut “cekikikan” oleh ahli zoologi ketika mereka sedang terancam, dikejar, atau diserang. Tawa mengganggu ini boleh didengari hingga lapan mil jauhnya.

6. Singa Afrika



Mungkin adalah binatang yang suaranya paling dikenali, raungan singa jantan digunakan untuk memburu saingan dan untuk menunjukan dominasi.

Sedangkan singa betina meraung untuk melindungi anaknya dan menarik perhatian singa jantan. Auman singa yang didengari boleh mencapai 5 mil jauhnya.

7. Northern Elephant Seal Bull



Sepanjang garis pantai California, hidup gajah laut berwajah aneh, dengan moncong besar dan bergerak terhuyung-huyung.

Ketika tiba waktunya untuk mengawan, yang jantan mengeluarkan panggilan serupa dengan suara gajah.

Panggilan ini dapat didengari untuk beberapa mil, memungkinkan jantan dan betina yang dekat tahu siapa yang berkuasa.

>>>>>
>
>>
>
More
14 years 8 months ago #8755 by Syahril_Genji
[size=large]LANDASAN TERUNIK DI DUNIA.. :d[/size]


1. Tioman Island, Off the coas of Malaysia



2. Wake Island, Pacific Ocean



3. Macao International Airport



4. Kuujjuaraapik, Quebec



5. A Rock, Of the coast of Greenwood ( Canadian Military Labrador Helicopter)

>>>>>
>
>>
>
More
14 years 8 months ago #8756 by Syahril_Genji
Teman saya ini (katakanlah namanya Ema, 25 tahun) bekerja dengan satu perusahaan konsultan yang tidak terlalu besar sebagai assistant dan salah seorang partner pada perusahaan konsultan tersebut (Kita sebut saja namanya Andy).Ema sangat mengkagumi profil dan karakter Andy.

Sebut saja semua hal yang baik, maka Andy memilikinya. Otak yang cemerlang, sikap yang profesionaldan gentleman, penampilan yang selalu rapi and nice looking serta usia baru 34 tahun (waktu itu). Ema pula adalah seorang wanita yang memiliki segala yang diidamkan oleh seorang lelaki,bentuk tubuh yang sempurna,paras yang cantik,fikiran matang serta bijak,berpewatakan ceria & suka tersenyum.

Disebabkan Ema selalu bertugas bersama Andy maka Ema akhirnya mulai menyayang i Andy lebih dari team partner & Ema membiarkan saja perasaannya kepada Andy tumbuh tanpa halangan. Semakin hari dia semakinjatuh hati kepada Andy.

Andy bukannya tidak tahu akan hal itu tetapi sikapnya yang profesional
di pejabat yang tidak membiarkan hal-hal pribadi mencampuriurusan
pejabat membuat Ema semakin mengkagumi peribadi Andy.

Suatu hari urusan pejabat membuat mereka berdua harus pergi kebeberapa lokasi di seluruh Negara. Inilah ceritanya.

Untuk memudahkan pergerakan, mereka naik pesawat ke Penang dan menyewa kereta untuk melakukan perjalanan darat di sekitar B'worth , Perak, Kedah dan Perlis dalam rangka melakukan suatu survey khusus untuk kepentingan klien.

Entah bagaimana silapnya mereka, pada waktu malam menginap di sebuah hotel kecil. Sebenarnya Andy ingin memesan 2 kamar tetapi kerana hanya ada 1 kamar maka dia meminta pendapat Ema. Kerana memang sudah sangat penat Ema setuju untuk sekamar dengan Andy (sebenarnya Ema agak "sedikit senang" dengan kondisi darurat tersebut)!

Kerana berasa panas, maka Andy membuka jendela kamar. Masalahnya, kamar tersbut hanya memiliki 1 ranjang berukuran panjang dan tidak memiliki kursi panjang. Tidak mungkin bagi Ema untuk meminta Andy tidur di lantai. Jadi akhirnya mereka tidur sekatil setelah Andy berjanji bahwa dia tidak akan melakukan hal yang bukan- bukan.

Sebenarnya Ema tidak pernah tidur sekatil dengan seorang lelaki apatah lagi Andy adalah suami orang! Sebagai seorang wanita jantungnya berdebar sangat kencang kerana tidur seranjang dengan lelaki sopan yang sangat diadmirekannnya. Kaki mereka beberapa kali saling bersentuhan kerana katilnya memang kecil.

Setelah setengah jam, angin malam yang masuk melalui jendela membuat Ema merasa kedinginan sehingga dia memberanikan diri bertanya kepada Andy:
"Abang Andy, Ema kesejukan nih. Boleh tak minta tolong jendelanya
ditutup saja?"

Andy tidak langsung menjawab dan Ema berpikir Andy sudah tertidur
sehingga dia berkata lagi:
"Abg Andy..."

Kali ini Andy langsung menjawab:
"Ema, kamu kesejukan ya? MAUKAH KAMU MALAM INI KAMU BERTINDAK SEPERTI ISTERI SAYA?"

Jantung Ema terasa berhenti berdetik. Jantungnya langsung gemuruh
mendengar pertanyaan Andy. Dengan hati-hati ia bertanya:
"Maksud abg Andy?"

"Maksud saya, bolehkah Ema tolong tutupkan sendiri tingkap yang terbuka tu, seperti yang selalu dibuat oleh isteri saya dirumah?!"

Wah, wah,wah...tekun baca nmpak... Tension kan . Boleh imagine muka semua orang. Dah sekarang boleh balik buat kerja yang patut dibuat.

>>>>>
>
>>
>
More
14 years 8 months ago #8770 by SLeePiNG-PiSToN
:laugh: :laugh: good info bro..tenkiu

PE868 - Proton White


“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”
Time to create page: 0.911 seconds