Fakta dan Lawak Menarik

More
14 years 8 months ago #8775 by irrahady
Replied by irrahady on topic Re: Fakta-Fakta Menarik
perggggh syahril sudah kembali ke pangkal jalan...thankz

PE0248 - PUTRAJAYA
FaceBook: www.facebook.com/irrahady
eMail : [email protected]
More
14 years 8 months ago #8792 by Syahril_Genji
Pergh...da macam aku ni bertobat plak ye...wakakaka...xpe...ade info aku masuk je...wakakaka...

Irra...tukar Tajuk Fakta-Fakta Menarik ke Fakta dan Lawak Menarik....

>>>>>
>
>>
>
More
14 years 8 months ago #8794 by nAkAtA_88
Replied by nAkAtA_88 on topic Re: Fakta-Fakta Menarik
bgus gak tu.....
bile bnyak sgat fakta.....
jdi ngantuk lak nak bce sume.....
hehehe.....

[email protected]
JuNiOr [VIP] cOncEpt cAr
PE-0612
More
14 years 8 months ago #8807 by irrahady
Replied by irrahady on topic Fakta dan Lawak Menarik

Syahril_Genji wrote: Pergh...da macam aku ni bertobat plak ye...wakakaka...xpe...ade info aku masuk je...wakakaka...

Irra...tukar Tajuk Fakta-Fakta Menarik ke Fakta dan Lawak Menarik....

ok done bro

PE0248 - PUTRAJAYA
FaceBook: www.facebook.com/irrahady
eMail : [email protected]
More
14 years 8 months ago #8813 by Syahril_Genji
Steady la Irra....Thanks...

>>>>>
>
>>
>
More
14 years 8 months ago #8843 by Syahril_Genji
Papan Tanda

Seorang penternak bingung memikirkan ternakan ayamnya yang setiap hari lima ekor mati dilanggar kerata. Dia menghubungi balai polis terdekat meminta dipasang papan tanda. Beberapa hari kemudian trepampanglah papan tanda yang berbunyi TERNAKAN MELINTAS SILA PERLAHANKAN KENDERAAN.

Tiga hari kemudian penternak itu menghubungi balai polis dan memberitahu bahawa papan tanda itu tidak berkesan "Masih banyak ayam saya mati". Lalu ketua balai berkata "Saya akan selesaikanya". Sejak hari itu tiada lagi kejadian ayam ternakan mati dilanggar. Penternak gembira dan berkata dalam hati "Bagaimana ianya berhasil..??"

Bila di lihat pada papan tanda dia terkejut,papan tanda tertulis KAWASAN ORANG BERBOGEL SILA PERLAHANKAN KENDERAAN.

>>>>>
>
>>
>
More
14 years 8 months ago #8845 by Syahril_Genji
SUAMI ISTERI TUKAR JANTINA

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,’Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah’

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia ber gegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran.

Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapakan makan malam.

Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe… Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur…. … tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,’Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku
selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja’Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,’Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih.

Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….’

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari??? …Beranaaak? ??……. Waaaaaa.. tak
nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaak kkkk…!! !~~~~~ ‘

Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??’ Sergah satu suara di sisinya.Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,’Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??‘Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni…..’Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Nab terkedu , terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya…


* Moral of the story: Hargailah apa yang diberikan oleh tuhan kita…………..

>>>>>
>
>>
>
More
14 years 8 months ago #8846 by Syahril_Genji
Tujuan Facebook....




>>>>>
>
>>
>
More
14 years 8 months ago #8847 by Syahril_Genji
Seorang janda yang sudah tiga kali kawin cerai diperiksa doktor. Waktu doktor mahu periksa bahagian dalam wanita tersebut, terjadilah dialog antara doktor dan wanita tersebut.

Janda : “Hati-hati periksa ya doktor, saya masih dara!” kata wanita tersebut.

Doktor: “Aik?? Kata Puan dah tiga kali kahwin cerai takkan masih ada dara?” tanya doktor berkenaan dengan penuh tanda tanya di kepalanya.

Janda : “Gini Doktor, bekas suami saya yang pertama adalah mati pucuk.” (kesian)

Doktor: “Oh gitu, tapi suami yang kedua puan tak mati pucuk kan?” bersungguh-sungguh dia bertanya.

Janda : “Betul doktor, cuma dia gay, jadi saya tidak diapa-apakan langsung.” hampir tergelak wanita tersebut.

Doktor: “Lalu suami yang ketiga Puan tidak mati pucuk atau gay kan?”

Janda : “Betul doktor, tapi dia orang politik.” masa ni doktor berkenaan jadi amat keliru, apa kena mengena orang politik dengan daranya???

Doktor: “Tapi apa kaitannya dengan dara Puan…?”

Janda : “Dia cuma berjanji sahaja dok, ‘tidak pernah direalisasikan!!!” gelak besar wanita berkenaan terhadap doktor tersebut

>>>>>
>
>>
>
More
14 years 8 months ago #8849 by Syahril_Genji
Saat Komputer Mula Diperkenalkan...

im Cartlon, seorang wartawan Wall Street Journal, baru-baru ini mengumpulkan keluhan dari pengguna komputer Amerika semasa di awal era komputer.

1. Compaq pernah mempertimbangkan untuk mengubah perintah “Press ANY Key” menjadi “Press ENTER Key” kerana banyak penggunanya yang telefon yang menanyakan dimana tombol “ANY” di keyboard.

2. AST Technical Support menerima laporan komplen kerana kesulitan menggunakan mouse. Semasa Techincal Support datang ke rumahnya, mereka menjumpai mouse tersebut tidak boleh digunakan… kerana masih berbungkus rapi di dalam plastiknya. Penggunanya (seorang wanita) takut dengan mouse (tikus) sehingga tidak berani mengeluarkannya dari dalam plastik. Takut diserang mouse komputer?

3. Di tahun 1980-an, ketika disket masih berukuran besar, Compaq pernah menerima keluhan seorang pengguna yang disketnya tidak boleh dibaca oleh drive-disk komputer. Setelah diselidiki, ternyata pengguna itu sebelumnya memasukkan disket ke dalam mesin taip dan menaip label yang tertampal di disket itu.

4. Sebuah keluhan lain dari pengguna AST yang mengatakan disket mereka terkena virus yang sukar dibersihkan. Petugas AST meminta orang itu mengirimkan copy disket yang terkena virus itu untuk diselidiki. Beberapa hari kemudian, petugas AST menerima fotostat disket dari pengguna tersebut.

5. Seorang pengguna DELL mengeluh dia tidak dapat mengirimkan fax via komputer.
Setelah diarahkan selama 40 minit melalui telefon, petugas DELL mendapati pengguna itu mencuba fax via komputer dengan cara memegang kertas yang akan di fax di depan monitor, sambil menekan tombol “SEND” di layar.

6. Seorang konsumen DELL lain mengeluh karena keyboard yang digunakannya sudah tidak berfungsi sejak dibersihkan. Ketika ditanya cara ida membersihkan keyboard, dia menjelaskan, “Saya mencuci dan menggosok semua bahagian keyboard dengan sabun, dan membilasnya dengan air, lalu menjemurnya.”

7. Seorang pengguna DELL marah-marah kerana tidak boleh menyalakan komputer yang baru dibelinya. “Semua sudah terpasang dengan baik.Tapi setiap kali saya tekan pedal kaki , tidak terjadi apa-apa.” Setelah diselidiki ternyata “pedal kaki” yang dimaksud orang itu adalah : mouse.

8. Seorang lagi pengguna DELL marah kerana komputer barunya tidak nyala.
Dia menjelaskan semua sudah terpasang dengan benar, dan ketika dia menunggu selama 20 minit, tidak terjadi apa-apa pada komputernya. Ketika teknisi DELL menanyakan apakah “power switch” sudah dinyalakan, dia balik bertanya, “Power switch apa?”

9. Berikut adalah tanya-jawab antara petugas Novell NetWire dengan seorang pembeli :

Penelefon : Hello, boleh bercakap dengan Tech Support?
Novell : Ya, boleh saya dibantu?
Penelefon : Tempat letak cawan di PC saya patah. Apa mungkin saya bisa menggantinya?
Novell : Tempat letak cawan? Apakah itu hadiah saat Anda membeli komputer?
Penelefon : Tidak. Tempat letak cawan ini sudah ada di komputer saya. Dan ketika saya meletakkan gelas saya di atasnya, tempat itu patah. Yang saya ketahui, di bahagian depan tempat itu ada tulisan “CD-ROM, 16X”.
(Saat itu juga, petugas Novell langsung mematikan telefon dan tertawa terbahak-bahak…)

>>>>>
>
>>
>
More
14 years 8 months ago #8851 by Syahril_Genji
Menguruskan Badan

Seorang mamat yg mmg gemuk masuk ke sebuah fitness center dgn niat utk menguruskan badan. Seorang lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi,
"Kami menawarkan 2 program di sini... RM50 utk versi 'Biasa' dan RM100 utk versi 'Cepat'.
"Saya ingat nak ambil yg biasa punya sebab saya baru je nak try kuruskan badan"
"OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 5 di penjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter.

Mamat tadi pun masuk laa ke bilik yg di suruh lalu menutup pintunya. Selang 2 minit kemudian, datang laa seorang perempuan yg mmg lawa, cantik, body best, mantap dan segalanya. Dia kemudian menanggalkan kesemua pakaian sehinggakan mamat tadi dah xsenang duduk dan berpeluh2.

Perempuan tadi berkata, "Kalau tuan dapat kejar saya, tuan bole buat aaaaapa saja dgn saya... hik hik hik" dan dia terus berlari di dalam bilik itu. Mamat tadi pun kejar punya kejar, sampai 10 minit, pun xdapat2 jugak. Dia try lagi sampai akhirnya, dia jatuh terjelepuk ke lantai... pengsan. Apabila dia sedar, dia terus ke penimbang dan mendapati beran badannya telah turun 3kg.

"Wow! Mmg berbaloi aku bayar RM50... mmg senang rupanya nak kuruskan badan",
katanya sendirian. Esoknya, dia datang lagi ke situ dan terus ditegur oleh lelaki di kaunter.

Setelah diberitahu program2 seperti semalam jugak, dia bersetuju untuk try versi 'Cepat'.
"OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 6 dipenjuru bilik sana"

Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglaa seorang body-builder yang taff dan terus melondehkan pakaiannya. Body-builder itu berkata, "Saya akan kejar kamu dlm bilik ini dan kalau saya dapat.............. hehehe"

>>>>>
>
>>
>
More
14 years 8 months ago #8922 by Syahril_Genji
Beginilah akibatnya orang Malaysia menterjemahkan istilah-istilah Komputer.

Istilah
Hardware: barang keras
Software: barang lembut
Joystick: batang bahagia
Plug and Play: cucuk dan main
Port: lubang
Server: pelayan
Client: pelanggan

Contoh
"That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."

Translated"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan mempergunakan batang bahagia jenis keras atau lembut. Batang bahagia itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."

>>>>>
>
>>
>
Time to create page: 0.550 seconds